Aku hanya manusia yang dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna bagi aku, ada ibu bapa dan adik-adik...Bahagiakah aku??? ya, sememangnya aku bahagia dan bersyukur dengan apa yang aku miliki...Malah, kini aku ada kawan-kawan di sisi aku yang memberikan sokongan tapi..... aku sendiri tak tahu di manakah silapnya, sentiasa ada rasa kekosongan dalam hati..., apakah cerita aku?? apakah kisah aku?? Apakah akhirnya buat aku kelak, bahagiakah untuk aku atau dukakah untuk aku??
Oleh kerana keluarga aku yang paling susah berbanding ahli keluarga aku yang lain, sentiasa ader perbezaan dan jurang antara kami....pada mulanya sememangnya aku berkecil hati dengan apa yang berlaku tapi kini aku anggap itu satu lumrah hidup manusia yang sentiasa ingin bersaing dan membanding-banding antara satu sama lain. Banyak pertengkaran atau pergaduhan yang berlaku....aku bencikannya, sungguh aku bencikannya!! Kalau dahulu aku selalu melarikan diri daripada masalah sekarang tidak lagi, aku nekad untuk berhadapan dengan semua masalah aku.....
Permulaan kenangan hidup aku adalah apabila aku sudah mengerti tentang erti dibenci dan disayangi.....semasa aku kecil abahku pernah lumpuh dan terpaksa berhenti kerja sebagai polis penjara selepas air tulang belakangnya diambil, segala harta abah yang dikumpulnya selama ini ditipu oleh ibunya dan adik-adiknya sendiri iaitu nenekku dan juga bapa sedaraku sendiri...setelah abahku tiada lagi kepentingan buat mereka, abahku dihalau dari rumah termasuklah aku dan umiku...mereka takut keadaan abah yang lumpuh pada masa itu akan membebankan hidup mereka...... Lagipun, sememangnya pernikahan umi dan abah tak direstui oleh nenekku...
Dengan sehelai sepinggang dihalau, mujurlah adanya hamba Allah yang sanggup menumpangkan kami tempat berteduh di rumahnya.....semoga Allah membalas setiap kebaikan mereka, hamba Allah itu jugalah yang membantu mencari rumah untuk disewa buat kami sekeluarga....Aku masih ingat, yang aku gembira dengan adik aku semasa tinggal disitu, aku seronok mandi air perigi, main dalam semak n tarik upih ngan kawan-kawan, main bola kat petak sawah...balik aje main, kena marah tapi tulah kenangan., selalu gak naik lori ngan budak-budak kampung tuh pi mandi air terjun kat Jeram Linang.....yang paling menarik sekali bila main tangkap 'kudi-kudi' (pepatung) dan belalang. 'Kudi-kudi tu kami akan bakar dan sama-sama makan, sama lah jugak belalang kunyit, mak cik sebelah rumah tolong gorengkan dan kami makan.....hahaha, masa tu kecik-kecik dan bodoh-bodoh lagi, bila dah besar nih, dah insaflah.....
Dalam masa yang sama, abah semakin pulih, orang-orang kampung tuh yang tolong ikhtiarkan menolong mengubati abah (Kampung Kandis). Setiap kali raya, mesti ada yang hadiahkan baju dan kasut raya, tiap tahun sama jer iaitu terompah...hahahaha, kalo bezanya pun tang loceng laaa....Selepas abah pulih, kami sekeluarga berhijrah ke Kuala Lumpur dan abah bekerja sebagai pemandu teksi, kini dah genap 16 tahun abah aku bekerja sebagai pemandu teksi.....aku bangga dengan abah aku.....Pada masa itu, sedikit demi sedikit abah membina balik hidup kami sekeluargadan keluarga aku sangat bahagia masa itu. Tapi sayangnya, kegembiraan itu tak berpanjangan, bila nenekku mendapat tahu akan kesenangan kami sekeluarga, dia mencari kami semula dan memanggil abah pulang ke rumahnya dengan alasan dia sakit....Abah yang sentiasa mengasihi ibunya, menuruti segala kata-kata ibunya......termasuklah membuat rumah berhampiran rumah nenek.......
Tahun 2000 merupakan tahun kesilapan dalam hidup kami sekeluarga bila abah membuat keputusan untuk berpindah pulang ke kampung. Pada mulanya, aku tak mahukannya sebab aku sayangkan sekolah aku, kawan-kawan aku tapi aku demi kasihkan abah aku turutkan juga....abah bekerja di Kuala Lumpur, aku, adik-adik dan umi sahaja tinggal di kampung, layanan mereka pada mulanya baik sahaja, tapi lama kelamaan mereka menunjukkan taring mereka yang sebenar.....aku bencikan mereka, nenekku bukanlah sebarangan orang, dia sentiasa berusaha untuk memecah belahkan rumahtangga umi dan abah. Pelbagai cara yang digunakan untuk membuatkan umi dan abah bergaduh.......aku bencikan dia. Aku sentiasa melawan cakapnya dan aku sentiasa bertindak bertentangan dengan dia dan itu jugalah punca dia turut membenci aku, aku bencikan dia sebab dia tergamak menggunakan sihir untuk mencapai tujuan dia...sungguh aku bencikan dia!!
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya umi sentiasa beringat, umi mencari seorang ustaz dan kami sekeluarga berubat dengannya tapi ketenangan itu tak lama dan ianya berlaku lagi.....kenapakah nenekku sebagai seoranng ibu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu???? Mungkin Allah ingin menduga keluarga aku, seterusnya aku pula pada masa itu disahkan mempunyai tanda-tanda awal barah otak......sungguh masa itu, aku fikir ingin menerima sahaja penyakit itu tanpa berusaha untuk berubat, sebab aku benci untuk hidup masa itu.......tapi aku tersedar akhirnya, aku terlalu mudah mengalah......sedangkan umi aku berusaha membawa aku ke sana sini untuk berubat...selama setengah tahun aku tak bersekolah dan akhirnya aku pulih.....
Sikap mak sedara dan bapa sedara aku yang pentingkan diri sama sahaja dengan nenekku, sedangkan semasa mereka kecil, abah aku yang pelihara mereka bukannya nenekku atau tok ayah aku......makan pakai mereka, abah aku yang sediakan......sekarang mereka semua dah berjaya, abah aku dah tak diperlukan lagi....hampir 10 tahun semua ini berlaku, segala-galanya tetap sama kecuali apabila nenekku jatuh sakit dan kini koma kerana jangkitan kuman dalam otak.....nenekku pernah cakap, kalau dia jatuh sakit atau nak mati sekalipun, dia x harapkan aku sekeluarga dan tak izinkan kami sekeluarga naik ke atas rumahnya walaupun untuk menjenguknya sakit.........tapi Allah maha adil dan maha berkuasa, bila dia koma kini, yang menjaganya dan yang bersusah payah adalah umi dan ahli keluargaku sendiri......sedangkan anak-anaknya yang laiin??? Mungkin ini pembalasannya, dalam tempoh nenekku koma...pelbagai petunjuk yang Allah berikan...subhanallah, segala-gala yang berlaku adalah kehendakNya...
Bagi aku kedua-dua belah keluarga, keluarga umi mahupun abah adalah sama sahaja. Aku menjarakkan hubungan aku dengan saudara mara, bukan bermakna aku membenci mereka. Mak sedara yang paling rapat denganku pernah bertanya, kenapa along tak balik?? tak rindu tuk nenek ker?? tak rindu sedara mara yang lainkah?? Bagaimana aku ingin menjawabnya...sedangkan hati aku benar-benar mati......tiada langsung ingatan sayang, mungkin juga ada, cuma aku sahaja yang sentiasa menafikannya. Hati akan terluka dan sakit jika orang menyakiti kita tapi jika orang menyakiti kita adalah orang yang kita sayang dan malah ada ikatan darah, ianya lagi menyakitkan dan amat sukar untuk menerimanya......
Aku juga ternanti-nanti...apakah kesudahan ceritaku ini?? Apakah kesudahannya dengan nenekku?? Walaupun aku bencikan dia tapi bila melihatnya adanya rasa belas di hati.......-tamat-
No comments:
Post a Comment